Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Sunday, August 9, 2009

Up date Up date

Ini di antara check point untuk Team Iron semasa Tressure Hunt pusingan pertama. Lihat betul-betul.

Salam.

Barakallah, I & A dikasihi semoga telah hampir siap siaga untuk berKEMUDI.

Pertukaran & perkembangan yang perlu diberi perhatian.

1. Masa pendaftran katogeri Iron diawalkan lagi ke 8.00 pagi Sabtu 15 Ogos 2009. Sila datang awal atau tepat pada waktunya untuk menghelak sebarang kerumitan. PIC SUE Pn Rosmarizan.

Siapakah gerangan KK KEMUDI 2009 kali ini ? Cuba teka.

2. Untuk persembahan daerah antum cuma dibenarkan membuat persembahan berdasarkan nasyid "Bingkai Kehidupan". Masa cuma 8 min sahaja. Buatlah nasyid berkumpulan dengan iringan seksa ke, lakunan ke, kawad ke dll. PIC Hj Atan.

Yang pastinya Treassure Hunt R&R dan Iron tidak akan ke Kutub Utara atau Selatan.

3. Sila buat pendaftaran menggunakan format yang telah disediakan oleh SU KEMUDI. Jangan lupa tanda tangan. Hantar soft & hard copy kepada Shahidan asap sebelum 11 Ogos 2009 jam 9.00 mlm. Banyak kali tukar masa dan tarikh niee !

J & W

Friday, August 7, 2009

Tinggal 7 hari lagi.

Pastikan kenderaan kita berkeadaan baik dan lengkap serba-serbi. KEMUDI 2009 melatih kita bersiap sedia untuk sebarang tugasan yang tidak menentu.

Salam.
Menemui I & A yang dikasihi sekelian.

Barakallah.
Sedikit peringantan & perkembangan.

1. Yuran Negeri RM2K beres.

2. Yuran daerah RM600 semua daerah beres.

3. Yuran peserta masih ada daerah yang belum jelaskan.

4. Perasmian ditukar kepada Hj Razali Abdullah.

5. Perasmian Penutup YB Dr Mansur TKM1

6. Jangan lupa tengok-tengok RJIM2

7. Video Can tidak wajib tapi boleh digunakan, cukup dengan digital camera.

8. Lap top sudah pasti. Calculator, Kamus BI/BM.

9. Satu Iron team satu rakit. Ironman satu rakit dan Ironlady satu rakit. Ikhwah dan akhawat asing. Satu rakit kan guna 5 tiub kereta sahaja. Jika lebih Iron team maka bertambah rakit an bertambah tiub kereta.


Ini adalah pelapis kita. Mereka akan menganti kita kelak. Didiklah mereka menjadi insan berguna.

10. Ingat objektif diantaranya ialah mencari pelapis AJK daerah/Negeri.

11. Gunakan ruang terluang untuk santuni keluarga dan sahabat.

12. Persembahan nasyid derah adalah spontan pada hari itu dan tidak perlu persiapan sangat sebelum program.
Iron bermula di KJPP Taman Sri Nibong, Pulau Pinang kemudian ke Masjid Seberang Jaya.

13. Iron team bermula di KJPP Taman Sri Nibung 9.00 pagi dan R & R bermula 2.30 petang di Di Dewan Seminar Masjid Sebarang Jaya.
Dewan Seminar Masjid Seberang Jaya.

14. Mari kita doakan semuanya diberkati, berjalan lancar dan selamat.

Ingat KEMUDI adalah salah atu program tarbiah JIM. Pasang niat siap-siap insyaAllah dapat pahala.

Monday, July 20, 2009

KEMUDI 2009 Hampir Tiba Daftar Segera

Yuran Pendaftaran
1. Dewasa/Belia/Remaja 13 tahun dan ke atas RM30
2. Aulad 2 : 6 tahun hingga 12 tahun cuma RM10
3. Bayi/aulad 1 : 0 tahun 5 tahun adalah percuma

Penyertaan
1. Penyertaan keseluruhan minima 20 orang satu daerah
2. Penyertaan keseluruhan maksima 40 orang satu daerah

Penginapan

1. Pondok-pondok biasa dengan bilik air umum berkongsi tiada bayaran tambahan
2. Junior chalet (penginapan selesa untuk 6 orang) dengan bilik air sendiri dikenakan yuran tambahan RM120 per chalet dan terhad kepada siapa cepat. Harga asal RM150.00. Sila buat tempahan sekarang kepada Shahidan SPU talian 013-4893920

* Semua tertakluk kepada pindaan.

Thursday, June 11, 2009

Tarikh ditundakan.

Dengan pintu masuk berpagar memberi sedikit kawalan dan keselamatan kepada para pesertanya.
Salam
Alhamdulillah.
Semoga dirahmati dan dikurniakan kesabaran.
KEMUDI 2009 menjanjikan suatu kerehatan dan rawatan untuk semua peringkat apatah lagi yang berkeluarga insyaAllah. Sesuai dengan konsepnya 'Rehat & Rawat Bukan Santai'.

InsyaAllah
Didalam perbincangan terkini AJK KEMUDI 2009 dan persetujuan semua YDPs (PP & daerah). Maka saya mewakili Pengarah Program (Mustafa Basri) mengumumkan KEMUDI 2009 di tunda ke 14 ~ 16 Ogos 2009.Dengan alasan-alasan yang telah dipersetujui.

Air sungainya sungguh segar dan jenih. Amat sesuai untuk anak-anak. Memang agak sukar bila dipanggil naik.

Ini akan membuka ruang dan peluang untuk semua melaksanakan persiapan dan latihan dengan lebih tersusun dan mantap.

Diharap mendapat komitmen tinggi dari semua pihak.
J & W

Rusli Hashim
Tim Pengarah
KEMUDI 2009