Monday, June 22, 2009

Perkembangan KEMUDI 2009

KEMUDI 2009 masih menjadi program yang ditunggu-tunggu bagi warga dan sahabat JIM Pulau Pinang. Diputuskan ditangguh tarikhnya untuk memberi peluang dan ruang yang mencukupi untuk daerah membuat segala persiapan. 14 hingga 16 Ogos 2009 telah dipilih dan kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada JIM Barat Daya kerana telah memberi laluan kepada KEMUDI dan menangguhkan MAD mereka.

JIM Daerah Timur Laut dan Barat Daya telah mengadakan dua kali roadshow. Manakala JIM SPS berjaya mengadakan sekali. JIM SPT telah menempah roadshow 22 Jun 2009 ini di rumah Ust Rozee selaku Ketua Kontigen. Sayangnya JIM SPU masih tidak berjaya untuk mengadakanya walupun sekali. Kami berharap agar dapat daerah ini menghubungi kami untuk temujanji roadshow dalam ruang masa terdekat ini. Mungkin ada banyak matlumat terkini yang boleh kita berikan dan kongsi bersama.

Tempat di Sedim Eco Theme Park & Resort telah ditempah harap-harap tidak perlu ditunda lagi tarikhnya. Semua urusan treasure hunt telah hampir siap 100% dan kali ini memang peserta akan menikmati satu game yang amat menarik insyaAllah.

Thursday, June 11, 2009

Tarikh ditundakan.

Dengan pintu masuk berpagar memberi sedikit kawalan dan keselamatan kepada para pesertanya.
Salam
Alhamdulillah.
Semoga dirahmati dan dikurniakan kesabaran.
KEMUDI 2009 menjanjikan suatu kerehatan dan rawatan untuk semua peringkat apatah lagi yang berkeluarga insyaAllah. Sesuai dengan konsepnya 'Rehat & Rawat Bukan Santai'.

InsyaAllah
Didalam perbincangan terkini AJK KEMUDI 2009 dan persetujuan semua YDPs (PP & daerah). Maka saya mewakili Pengarah Program (Mustafa Basri) mengumumkan KEMUDI 2009 di tunda ke 14 ~ 16 Ogos 2009.Dengan alasan-alasan yang telah dipersetujui.

Air sungainya sungguh segar dan jenih. Amat sesuai untuk anak-anak. Memang agak sukar bila dipanggil naik.

Ini akan membuka ruang dan peluang untuk semua melaksanakan persiapan dan latihan dengan lebih tersusun dan mantap.

Diharap mendapat komitmen tinggi dari semua pihak.
J & W

Rusli Hashim
Tim Pengarah
KEMUDI 2009

Thursday, June 4, 2009

Road show terakhir KEMUDI 2009 ?

Ini bukan rumah Dr Roslan tetapi rumah Dr Rizal kami mai masa Kembara Aidil Fitri dulu.
Rasa tidak sabar hendak pergi ke JIM SPS malam ini. Tidak tahu macamana santunan mereka pula. 9.15 malam di 'rumah baru' Dr Roslan YDP depa.

Tang mana nak taruh BUBU nie airnya tak dalam. Itu yang difikirkan oleh Cikgu kita.

Ada satu isu besar yang akan diperkatakan oleh JIM SPS. 'Seriau' juga nak pi belah sana, ramai prof, prof madya, dr dan sebagainya. Tentu perbahasan menang kat depa. Tapi jangan takut team roadshow kami apa kurangnnya.

Nak tahu siapa memang hampa mailah dengaq malam nie nooo.

Monday, June 1, 2009

Roadshow di Amal Educare Taman Bertam Indah

Nasib baik tak payah naik bot nak ke roadshow malam itu. Tapi jenuh juga tawaf selamat datang. Tinggal sedikit lagi nak tawaf selamat tinggal.

"Road To KEMUDI 2009" telah berkunjung ke Amal Educare di Taman Bertam Indah semalam 1 Jun 2009 bagi memberi penerangan untuk JIM SPU & SPT. Dalam kekalutan baru pulang dari kerja sesampai di rumah kena santuni keluarga dahulu dengan melayani beberapa urusan mereka. Sesampai saja kami (saya, Ida & Sobri) di lokasi yang dijanjikan kami disambuh mesra oleh YDP JIM SPU sendiri Sdr Yusof Zaki. Setelah beliau menyiap peralatan untuk power point presentation, beliau hidangankan kami dengan pisang 2 sikat, apom balik dll. Beliau terpaksa bergegas balik untuk mengurus anak dan sebagainya.
Diantara aktiviti iron game. Jika champion cuba lawan dengan jaguh kami ini.

Yazid pun datang diikuti Hj Taufek dan Mustafa Basri. Kami menfaatkan waktu menunggu dengan sama-sama bertukar-tukar ilmu mengenai bagaimana mengendalikan blog siap dengan broadband dan LCD projector. Banyak yang kami belajar. Bincang punya bincang telah sampai hampir jam 12.00 t/m. Tertipu dengan jam dinding yang kehabisan kuasa baterinya. Pisang 2 sikat dan air soya 3 kotak cleared.

Roadshow kali ini lagi best dari sebelumnya jika di TL & BD urusetia sama ramai dengan yang mendengar, kali ini urusetia lebih ramai pula. Walau bagaimana pun hati ini amat puas kerana dapat berkongi pengalaman dengan kekawan di sana.

Kini tiba kami akan ke SPS pada Khamis 4 Jun 2009 di rumah Dr Roslan. Bagaimana pula halnya di sana?
J & W

Rusli Hashim
Baru faham saranan YDP PP