Monday, May 25, 2009

Hebahan Pertama

Salam.
Alhamdulillah.
Semoga dirahmati dan dikurniakan kemudahan dan kelapangan.


Air sungai, titi gantung dan alam semula jadi memang nyaman dan tenang. Amat sesuai untuk mereka yang istiqamah menyumbang kepada dakwah dan kebajikan untuk beruzlah dan membina kekuatan. KEMUDI 2009 untuk antum.


InsyaAllah.
1. Jangan lupa KEMUDI 2009. Lapor diri lepas Isyak 9.30 malam atau ke atas, pada hari Jumaat 19 Jun 2009 di Masjid Sebarang Jaya untuk taklimat keseluruhan. Kemudian qiam dan iktikaf di masjid ini, salah satu tarbiah kita program ruhi. Hingga 21Jun 2009 2.30 ptg.

2. Pengarah kali ini ialah Sdr Mustafa Basri TYDP JIM PP, seorang peguam tentu program nanti kena panggil "yang arif". Beliau akan dibantu oleh AKJ yang mantap-mantap dari kelima-lima daerah. Cuba teka siapa mereka. Daerah mana yang teka betul akan diberi markah advance.

2. Semua YDP daerah telah dihubungi dan tunggu kami akan datang dan beri penerangan terperinci dalam "KEMUDI 2009 Road To Sedim EKO Team Park" 31 Mei 09 di SPU/SPT (SPU host) 1 Jun 09 di BD/TL (TL host) dan 3 atau 4 Jun 09 untuk SPS (akan dapat ketetapan).

Buat bubu dan tangkap ikan memang best di sini. Jika rajin boleh menjala. Dapat ikan kita BBQ tapi "goreng pun sodap".

3. Macam biasalah daerah yang 'A' menyantuni kami akan diberi markah advance . Siaplah tempat yang sesuai, peratusan kehadiran ahli yang tinggi, alat-alat untuk memudahkan presentation power point, tahap menyantuni tetamu dll. Bermakna laptop, lcd projector, screen dan ext wire kena ada. Kami cuma bawa pendrive yang tiada virus H1N1 dan yang seumpamanya. Jika daerah tiada mampu menyediakannya sila maklum kepada kami dengan segera. Kita kira sewa adik-beradik.

4. Akan ada acara Iron Man/Women siap hampa, 4 ikhwah dan 4 akhawat untuk setiap daerah. Tak payah bawa basikal. Nak tahu datang roadshow.

5. Kerana di sana banyak buluh dan tapak kem kita di kelilingan sungai maka akan ada banyak permainan berkonsepkan buluh dan air.

Sekian boleh tanya.

J & W

2 comments:

Ingin Tahu said...

Best gile tengok keluarga JIM ini ada-ada saje program untuk cuti sekolah. Rugi jika tak joint. Macamana jika saya nak masuk JIM nie? Kena ada background agama ke?

zulkar9 said...

Salam kpd 'Ingin Tahu'; JIM terbuka kpd semua orang, tiada syarat background agama utk menjadi ahli JIM. Boleh layari mana-mana alamat web JIM utk maklumat lanjut dan tinggalkn pesanan di chat box yg ada.