Showing posts with label KEMUDI OH KEMUDI. Show all posts
Showing posts with label KEMUDI OH KEMUDI. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

Bestnya KEMUDI pengumuman terkini.

Titi gantung pastikan anda mencubanya.

KEMUDI 2009 kali ini telah dirancang bermula pendaftaran/ semakan R & R pada jam 2.00 ptg di Dewan Masjid Seberang Jaya pada hari Sabtu 15 Ogos 2009. Tetapi sila beri perhatian acara Treassure Hunt Iron akan bermula lebih awal lagi iaitu di sebelah pagi dan tempat berkumpulnya CP1 untuk taklimat, mungkin di bahagian pulau. Iron akan bertemu R & R di Masjid Seberang Jaya untuk acara perasmian.

Jangan lepaskan pejuang bersama keluarga tercinta dan sahabat-sahabat menikmati kesejukan air sungai ini.
2.30 ptg taklimat Treassure Hunt R & R akan bermula. Tolong jangan miss taklimat penting ini. 3.15 ptg Ucapan Aluan Pengarah, diikut dengan perasmian dan Flag Off. Pengundian untuk kereta bertolak dahulu akan diurus oleh AJK. Pastikan daerah mendaftar sebelum 31 Julai 2009 dan bayar yuran sekali. Pastikan semua kenderaan berkeadaan baik dengan lesen dan roadtax masih hidup. Perjalanan akan menghala ke SETP dan dijangkaan jika semuanya berjalan lancar kumpulan terakhir akan sampai jam 7.00 mlm. Acara persembahan daerah akan bermula selepas solat Isyak. AJK persembahan akan memaklumkannya kelak. BBQ tetap akan jadi acara kemuncak malam itu. 11.59 mlm berihat dan hirasah.

Kami akj telah bersetuju mengurangkan beberapa acara seperti tidak membuat bubu dan alat muzik dari buluh. Namun acara membina rakit akan dilaksanakan pada pagi Ahad 16 Ogos 2009 selepas sarapan, R & R dan Iron akan berkerjasama membinanya.

Refeksi Treasuure Hunt akan bentangkan oleh JK Treassure Hunt di ikuti dengan pembentangan dokumentasi tiap-tiap kumpulan Iron. Sebelum bersurai kita akan berpeluang dengan aktiviti-aktiviti air yang menarik. Petangnya kita akan adakan acara penutup dan bersurai selepas Solat Asar berjemaah.

Wednesday, May 27, 2009

GEMPAR !

Gempar ! Species baru ditemui di Sungai Sedim. Penemuan pelik tapi benar.

Apa yang tolak oleh Tuan Haji kita ini ? Sekali tengok macam menghalau sesuatu. Sekali tengok macam orang main tai-chi. Cuma dia sahaja yang nampak. Lepas itu kita tengok cara-cara beliau berenang.

Itulah suasana dan senario apabila berendam di Sungai Sedim ini. Bila dah masuk liat pula hendak keluar. Pendek kata berendam, berendam dan berendam.

Jadi jangan tunggu lama-lama. Daftar sekarang nanti bila urusetia letak kota nanti terlepas. Nak tahu berapa yurannya sila datang roadshow di tempat antum.

J & W

Naik Pangkat

Inilah bangalow khas untuk urusetia dan ajk saje. Hampa semua tak merasa le. Semua bilik ada air-con dan bilik air. Siap ruang tamu, dapur dan beranda di tepi sungai bee. Nak tumpang kena jadi urusetia le deme !

Aku naik pangkat kerana dok sibuk-sibuk hantaq e-mail dan buat blog. Mula-mula ajk bahagian aktiviti sahaja, bersama Zulkar9, Hj Atan dan Usta Rozee. Kemudian sibuk menjadi Tukang Heboh.

Bukan apa masa meeting baru-baru ini depa kata awat sejuk sangat JIM-PP net tiada berita KEMUDI 2009. Maka sebab itu aku pun menyibuk nak peragat jee.


Maka dengan ini Pengarah, merangkap TYDP JIMPP dan Ketua TPSM negeri Penguam Mustafa Basri pun telah melantik aku Cikgu Rusli Hashim sebagai Timbalan Pengarah KEMUDI 2009. Berkuat kuasa tadi 12.26 pm dalam SMSnya. Lawyer kata perlantikan melalui SMS kira sah.

"Tahun dulu aku Pengarah, tahun ini Timbalan Pengarah pulak ini kira turun pangkat nie".
Mus hang pandai noo !

Monday, May 25, 2009

Hebahan Pertama

Salam.
Alhamdulillah.
Semoga dirahmati dan dikurniakan kemudahan dan kelapangan.


Air sungai, titi gantung dan alam semula jadi memang nyaman dan tenang. Amat sesuai untuk mereka yang istiqamah menyumbang kepada dakwah dan kebajikan untuk beruzlah dan membina kekuatan. KEMUDI 2009 untuk antum.


InsyaAllah.
1. Jangan lupa KEMUDI 2009. Lapor diri lepas Isyak 9.30 malam atau ke atas, pada hari Jumaat 19 Jun 2009 di Masjid Sebarang Jaya untuk taklimat keseluruhan. Kemudian qiam dan iktikaf di masjid ini, salah satu tarbiah kita program ruhi. Hingga 21Jun 2009 2.30 ptg.

2. Pengarah kali ini ialah Sdr Mustafa Basri TYDP JIM PP, seorang peguam tentu program nanti kena panggil "yang arif". Beliau akan dibantu oleh AKJ yang mantap-mantap dari kelima-lima daerah. Cuba teka siapa mereka. Daerah mana yang teka betul akan diberi markah advance.

2. Semua YDP daerah telah dihubungi dan tunggu kami akan datang dan beri penerangan terperinci dalam "KEMUDI 2009 Road To Sedim EKO Team Park" 31 Mei 09 di SPU/SPT (SPU host) 1 Jun 09 di BD/TL (TL host) dan 3 atau 4 Jun 09 untuk SPS (akan dapat ketetapan).

Buat bubu dan tangkap ikan memang best di sini. Jika rajin boleh menjala. Dapat ikan kita BBQ tapi "goreng pun sodap".

3. Macam biasalah daerah yang 'A' menyantuni kami akan diberi markah advance . Siaplah tempat yang sesuai, peratusan kehadiran ahli yang tinggi, alat-alat untuk memudahkan presentation power point, tahap menyantuni tetamu dll. Bermakna laptop, lcd projector, screen dan ext wire kena ada. Kami cuma bawa pendrive yang tiada virus H1N1 dan yang seumpamanya. Jika daerah tiada mampu menyediakannya sila maklum kepada kami dengan segera. Kita kira sewa adik-beradik.

4. Akan ada acara Iron Man/Women siap hampa, 4 ikhwah dan 4 akhawat untuk setiap daerah. Tak payah bawa basikal. Nak tahu datang roadshow.

5. Kerana di sana banyak buluh dan tapak kem kita di kelilingan sungai maka akan ada banyak permainan berkonsepkan buluh dan air.

Sekian boleh tanya.

J & W