Wednesday, May 27, 2009

Naik Pangkat

Inilah bangalow khas untuk urusetia dan ajk saje. Hampa semua tak merasa le. Semua bilik ada air-con dan bilik air. Siap ruang tamu, dapur dan beranda di tepi sungai bee. Nak tumpang kena jadi urusetia le deme !

Aku naik pangkat kerana dok sibuk-sibuk hantaq e-mail dan buat blog. Mula-mula ajk bahagian aktiviti sahaja, bersama Zulkar9, Hj Atan dan Usta Rozee. Kemudian sibuk menjadi Tukang Heboh.

Bukan apa masa meeting baru-baru ini depa kata awat sejuk sangat JIM-PP net tiada berita KEMUDI 2009. Maka sebab itu aku pun menyibuk nak peragat jee.


Maka dengan ini Pengarah, merangkap TYDP JIMPP dan Ketua TPSM negeri Penguam Mustafa Basri pun telah melantik aku Cikgu Rusli Hashim sebagai Timbalan Pengarah KEMUDI 2009. Berkuat kuasa tadi 12.26 pm dalam SMSnya. Lawyer kata perlantikan melalui SMS kira sah.

"Tahun dulu aku Pengarah, tahun ini Timbalan Pengarah pulak ini kira turun pangkat nie".
Mus hang pandai noo !

No comments: