Monday, June 1, 2009

Roadshow di Amal Educare Taman Bertam Indah

Nasib baik tak payah naik bot nak ke roadshow malam itu. Tapi jenuh juga tawaf selamat datang. Tinggal sedikit lagi nak tawaf selamat tinggal.

"Road To KEMUDI 2009" telah berkunjung ke Amal Educare di Taman Bertam Indah semalam 1 Jun 2009 bagi memberi penerangan untuk JIM SPU & SPT. Dalam kekalutan baru pulang dari kerja sesampai di rumah kena santuni keluarga dahulu dengan melayani beberapa urusan mereka. Sesampai saja kami (saya, Ida & Sobri) di lokasi yang dijanjikan kami disambuh mesra oleh YDP JIM SPU sendiri Sdr Yusof Zaki. Setelah beliau menyiap peralatan untuk power point presentation, beliau hidangankan kami dengan pisang 2 sikat, apom balik dll. Beliau terpaksa bergegas balik untuk mengurus anak dan sebagainya.
Diantara aktiviti iron game. Jika champion cuba lawan dengan jaguh kami ini.

Yazid pun datang diikuti Hj Taufek dan Mustafa Basri. Kami menfaatkan waktu menunggu dengan sama-sama bertukar-tukar ilmu mengenai bagaimana mengendalikan blog siap dengan broadband dan LCD projector. Banyak yang kami belajar. Bincang punya bincang telah sampai hampir jam 12.00 t/m. Tertipu dengan jam dinding yang kehabisan kuasa baterinya. Pisang 2 sikat dan air soya 3 kotak cleared.

Roadshow kali ini lagi best dari sebelumnya jika di TL & BD urusetia sama ramai dengan yang mendengar, kali ini urusetia lebih ramai pula. Walau bagaimana pun hati ini amat puas kerana dapat berkongi pengalaman dengan kekawan di sana.

Kini tiba kami akan ke SPS pada Khamis 4 Jun 2009 di rumah Dr Roslan. Bagaimana pula halnya di sana?
J & W

Rusli Hashim
Baru faham saranan YDP PP

1 comment:

Anonymous said...

Semoga AJK Kemudi terus konsisten dan komited. Mohon juga ahli-ahli JIM Daerah meluangkan masa dan tunjukkan komitmen kita dalam menjayakan Kemudi 2009 khasnya dan RJIM2 umumnya.

Mustafa70