Monday, June 22, 2009

Perkembangan KEMUDI 2009

KEMUDI 2009 masih menjadi program yang ditunggu-tunggu bagi warga dan sahabat JIM Pulau Pinang. Diputuskan ditangguh tarikhnya untuk memberi peluang dan ruang yang mencukupi untuk daerah membuat segala persiapan. 14 hingga 16 Ogos 2009 telah dipilih dan kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada JIM Barat Daya kerana telah memberi laluan kepada KEMUDI dan menangguhkan MAD mereka.

JIM Daerah Timur Laut dan Barat Daya telah mengadakan dua kali roadshow. Manakala JIM SPS berjaya mengadakan sekali. JIM SPT telah menempah roadshow 22 Jun 2009 ini di rumah Ust Rozee selaku Ketua Kontigen. Sayangnya JIM SPU masih tidak berjaya untuk mengadakanya walupun sekali. Kami berharap agar dapat daerah ini menghubungi kami untuk temujanji roadshow dalam ruang masa terdekat ini. Mungkin ada banyak matlumat terkini yang boleh kita berikan dan kongsi bersama.

Tempat di Sedim Eco Theme Park & Resort telah ditempah harap-harap tidak perlu ditunda lagi tarikhnya. Semua urusan treasure hunt telah hampir siap 100% dan kali ini memang peserta akan menikmati satu game yang amat menarik insyaAllah.

No comments: