Showing posts with label Road Show. Show all posts
Showing posts with label Road Show. Show all posts

Monday, June 22, 2009

Perkembangan KEMUDI 2009

KEMUDI 2009 masih menjadi program yang ditunggu-tunggu bagi warga dan sahabat JIM Pulau Pinang. Diputuskan ditangguh tarikhnya untuk memberi peluang dan ruang yang mencukupi untuk daerah membuat segala persiapan. 14 hingga 16 Ogos 2009 telah dipilih dan kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada JIM Barat Daya kerana telah memberi laluan kepada KEMUDI dan menangguhkan MAD mereka.

JIM Daerah Timur Laut dan Barat Daya telah mengadakan dua kali roadshow. Manakala JIM SPS berjaya mengadakan sekali. JIM SPT telah menempah roadshow 22 Jun 2009 ini di rumah Ust Rozee selaku Ketua Kontigen. Sayangnya JIM SPU masih tidak berjaya untuk mengadakanya walupun sekali. Kami berharap agar dapat daerah ini menghubungi kami untuk temujanji roadshow dalam ruang masa terdekat ini. Mungkin ada banyak matlumat terkini yang boleh kita berikan dan kongsi bersama.

Tempat di Sedim Eco Theme Park & Resort telah ditempah harap-harap tidak perlu ditunda lagi tarikhnya. Semua urusan treasure hunt telah hampir siap 100% dan kali ini memang peserta akan menikmati satu game yang amat menarik insyaAllah.

Thursday, June 4, 2009

Road show terakhir KEMUDI 2009 ?

Ini bukan rumah Dr Roslan tetapi rumah Dr Rizal kami mai masa Kembara Aidil Fitri dulu.
Rasa tidak sabar hendak pergi ke JIM SPS malam ini. Tidak tahu macamana santunan mereka pula. 9.15 malam di 'rumah baru' Dr Roslan YDP depa.

Tang mana nak taruh BUBU nie airnya tak dalam. Itu yang difikirkan oleh Cikgu kita.

Ada satu isu besar yang akan diperkatakan oleh JIM SPS. 'Seriau' juga nak pi belah sana, ramai prof, prof madya, dr dan sebagainya. Tentu perbahasan menang kat depa. Tapi jangan takut team roadshow kami apa kurangnnya.

Nak tahu siapa memang hampa mailah dengaq malam nie nooo.

Monday, June 1, 2009

Roadshow di Amal Educare Taman Bertam Indah

Nasib baik tak payah naik bot nak ke roadshow malam itu. Tapi jenuh juga tawaf selamat datang. Tinggal sedikit lagi nak tawaf selamat tinggal.

"Road To KEMUDI 2009" telah berkunjung ke Amal Educare di Taman Bertam Indah semalam 1 Jun 2009 bagi memberi penerangan untuk JIM SPU & SPT. Dalam kekalutan baru pulang dari kerja sesampai di rumah kena santuni keluarga dahulu dengan melayani beberapa urusan mereka. Sesampai saja kami (saya, Ida & Sobri) di lokasi yang dijanjikan kami disambuh mesra oleh YDP JIM SPU sendiri Sdr Yusof Zaki. Setelah beliau menyiap peralatan untuk power point presentation, beliau hidangankan kami dengan pisang 2 sikat, apom balik dll. Beliau terpaksa bergegas balik untuk mengurus anak dan sebagainya.
Diantara aktiviti iron game. Jika champion cuba lawan dengan jaguh kami ini.

Yazid pun datang diikuti Hj Taufek dan Mustafa Basri. Kami menfaatkan waktu menunggu dengan sama-sama bertukar-tukar ilmu mengenai bagaimana mengendalikan blog siap dengan broadband dan LCD projector. Banyak yang kami belajar. Bincang punya bincang telah sampai hampir jam 12.00 t/m. Tertipu dengan jam dinding yang kehabisan kuasa baterinya. Pisang 2 sikat dan air soya 3 kotak cleared.

Roadshow kali ini lagi best dari sebelumnya jika di TL & BD urusetia sama ramai dengan yang mendengar, kali ini urusetia lebih ramai pula. Walau bagaimana pun hati ini amat puas kerana dapat berkongi pengalaman dengan kekawan di sana.

Kini tiba kami akan ke SPS pada Khamis 4 Jun 2009 di rumah Dr Roslan. Bagaimana pula halnya di sana?
J & W

Rusli Hashim
Baru faham saranan YDP PP

Sunday, May 31, 2009

Road Show di Suau An Nur untuk TL & BD

Nie bakal ironman JIM SPT, Mohd Saiful Nizam, lepasan Poly Seberang Perai jurusan makanikal. Kerja di Kejuruteraan Tenggiri di Bagan. Memiliki bengkong hitam cula 3 Seni Silat Pusaka Gayong sedang test power selepas terjun dari beranda banglow terus ke Sungai Sedim. Bekas Juara Ironman di Tasik Raban tak ingat tahun berapa. Siap Hampa !

Rombongan Road To Kemudi ini diketuai oleh Cikgu Rusli, dan ditemani olehHj Atan, Ust Rozee, Shahidan & Mustafa. Turut bersama ialah keluarga Cikgu Rusli & keluarga Ust Rozee. Kami telah disambut mesra oleh sdr Yusmadi di pintu masuk surau.

Solat Isyak telah diimamkan oleh Hj Razali Abdullah, siap dengan tazkirah. Hadir bersama ialah Isahak, Hj Taufek, Md Tuah, Hj Razali, Yusmadi, Idris, ramai lagi tak ingat semua. Akhawat juga ramai. Tapi rasanya rombongan yang datang rombongan yang menanti sama banyak.

Sungguh baik program kita dengan mulakan dengan solat Isyak berjemaah, mungkin jemaah surau kehairanan kerana ramai yang datang dengan kemeja T JIM yang seragam. Tetapi di sini ada sedikit masalah teknikal kerana tiada extension wire. Kenalah ubah sekejap ke belakang, sekejap ke hadapan kemudian ke belakang balik. Mungkin mereka mahu test kesabaran rombongan roadshow ini kut.

Tapi last sekali kira oklah kami dijamu bukan sekadar, bihun goreng, tetapi siap boleh buat pilihan mee dan kuehtiaw goreng pun ada. Siap air oren dan ice cream soda. Dengar kata Hj Razali sponsored.
Anyway jzkk kepada TL & BD dengan santunan "hubbul akh wal usrah" mereka. Alhamdulillah, lansung tak rasa kekok saya buat presentation kerana terasa semuanya kekawan lama. Seronok melihat sdr Yusmadi, sebelum mai Penang dah lantik dia akj KEMUDI. Tu dia jadi rebutan.
Syahidan berapa markah mau bagi haaa ?

Tuesday, May 26, 2009

Kemudi Road Show

JK KEMUDI 2009 terpaksa turun ke daerah untuk promosikan program ini. Semoga kehadiran mereka berbaloi dan diganjari usaha, tenaga, masa dan RM mereka

Salam.
Alhamdulillah.
Semoga sihat walafiat hendaknya dan penuh ketinggian imam.

InsyaAllah
Aturcara Road Show KEMUDI 2009 adalah seperi berikut :

1. TL & BD pada 9.00 mlm, 31 Mei 2009 hari Ahad di Surau An Nur, Lebuh Nipah. Resp : Isahak/ Hj Taupek

2. SPU & SPT pada 9.00 mlm, 1 Jun 2009 hari Isnin di Tadika Amal Bertam Indah. Resp : Shahidan

3. SPS pada 9.00 mlm, 4 Jun 2009 hari Khamis di rumah Dr Roslan. Resp : Dr Roslan

Sila abaikan jadual yang sebelum ini.

J & W