Tuesday, July 14, 2009

Bestnya KEMUDI pengumuman terkini.

Titi gantung pastikan anda mencubanya.

KEMUDI 2009 kali ini telah dirancang bermula pendaftaran/ semakan R & R pada jam 2.00 ptg di Dewan Masjid Seberang Jaya pada hari Sabtu 15 Ogos 2009. Tetapi sila beri perhatian acara Treassure Hunt Iron akan bermula lebih awal lagi iaitu di sebelah pagi dan tempat berkumpulnya CP1 untuk taklimat, mungkin di bahagian pulau. Iron akan bertemu R & R di Masjid Seberang Jaya untuk acara perasmian.

Jangan lepaskan pejuang bersama keluarga tercinta dan sahabat-sahabat menikmati kesejukan air sungai ini.
2.30 ptg taklimat Treassure Hunt R & R akan bermula. Tolong jangan miss taklimat penting ini. 3.15 ptg Ucapan Aluan Pengarah, diikut dengan perasmian dan Flag Off. Pengundian untuk kereta bertolak dahulu akan diurus oleh AJK. Pastikan daerah mendaftar sebelum 31 Julai 2009 dan bayar yuran sekali. Pastikan semua kenderaan berkeadaan baik dengan lesen dan roadtax masih hidup. Perjalanan akan menghala ke SETP dan dijangkaan jika semuanya berjalan lancar kumpulan terakhir akan sampai jam 7.00 mlm. Acara persembahan daerah akan bermula selepas solat Isyak. AJK persembahan akan memaklumkannya kelak. BBQ tetap akan jadi acara kemuncak malam itu. 11.59 mlm berihat dan hirasah.

Kami akj telah bersetuju mengurangkan beberapa acara seperti tidak membuat bubu dan alat muzik dari buluh. Namun acara membina rakit akan dilaksanakan pada pagi Ahad 16 Ogos 2009 selepas sarapan, R & R dan Iron akan berkerjasama membinanya.

Refeksi Treasuure Hunt akan bentangkan oleh JK Treassure Hunt di ikuti dengan pembentangan dokumentasi tiap-tiap kumpulan Iron. Sebelum bersurai kita akan berpeluang dengan aktiviti-aktiviti air yang menarik. Petangnya kita akan adakan acara penutup dan bersurai selepas Solat Asar berjemaah.

No comments: